♥السلام عليکم♥ ,tak jawab dosa..da jwb dpt pahala..Ya Allah,Ampunilah semua dosa ibu Bapa saya,keluarga saya dan seluruh umat islam..Saya menaip bukan untuk mencetus kontroversi,meluah bukan utk mencari publisiti,menulis bkn utk mendapat simpati..tapi sekadar pengajaran dan teladan..Maaf jika anda terasa hati

Google Translate



3 Feb 2012

Budak Kecil Dengan Aksi Melampau?!

♥السلام عليکم♥

Holla!


Huhu..panas betul tajuk tu seperti panasnya hati melihat kelakuan budak-budak zaman sekarang..tak kira la daripada budak kecil,remaja mahu pun orang dewasa..inilah jadinya bila kurang pegangan agama,kurang pengawasan daripada ibu bapa,teknologi yang berkembang pesat..Maka terjadilah gelagat budak-budak kecil yang terlebih advance daripada orang dewasa..


Nak Salahkan budak-budak kecil?Apa yang mereka tahu..mereka pun tak faham dengan apa yang mereka lakukan..mereka hanya tahu meniru sahaja perbuatan yang orang dewasa buat..Mereka tidak tahu sama ada perkara itu salah atau tidak..Seharusnya,Ibu bapa lah yang patut alert akan perkembangan anak-anak mereka..


Tengok tu,kecil-kecil dah hisap rokok..macam mana anak kecil tak meniru kalau Ayah,abang,atuk dan sedara mara lelaki merokok di hadapan mereka..cubalah tunjuk teladan yang baik sikit di hadapan mereka..


Kisah macam ni bukan sahaja berlaku di luar negara..Di Malaysia pun dah ada..Kawan baik saya yang mempunyai adik lelaki pun mengaku pada kami semasa kecil dulu dia pun ada juga terpengaruh dengan aksi tak senonoh 18SX akibat pengaruh TV & rakan sebaya..pada masa itu dia baru berusia 7 tahun,dia sendiri pun tidak tahu apa yg dia lakukan..bila dia dah besar,dia teringat apa yang pernah dia lakukan sewaktu kecil dahulu..barulah dia faham perkara itu adalah salah..

Moral Of The Story : Sekat anak daripada menonton aksi 18sx bersama keluarga, walaupun aksi itu hanya sekadar kissing sahaja..kerana daripada aksi ringan-ringan macam itulah mereka akan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui & melakukannya untuk suka-suka..Selain itu,terangkan kepada anak kecil tentang perbuatan yang salah & cara untuk mengetahui jika dia di ganggu dengan gangguan seksual..

P/s : Masa saya sekolah cina dulu,baru standard 4,cikgu dah ajar cara mengetahui diri di ganggu dengan gangguan seksual..hanya menggunakan patung sahaja cikgu cina terangkan..kami dah faham..cikgu siap berpesan lagi,kalau ada yang meraba atau menarik tubuh kita,tendang "Anu" dia,lari sekuat hati sambil menjerit meminta tolong!Tapi sekolah melayu baru nak buat pasal pendidikan seks sekitar tahun 2008..(dah lupa tahun berapa)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...