♥السلام عليکم♥ ,tak jawab dosa..da jwb dpt pahala..Ya Allah,Ampunilah semua dosa ibu Bapa saya,keluarga saya dan seluruh umat islam..Saya menaip bukan untuk mencetus kontroversi,meluah bukan utk mencari publisiti,menulis bkn utk mendapat simpati..tapi sekadar pengajaran dan teladan..Maaf jika anda terasa hati

Google Translate



1 Feb 2012

Nasib Orang-orang Tua Di Rumah Orang Tua!

♥السلام عليکم♥

Holla!


Masa cuti Chinese New Year, saya berkesempatan melawat Rumah Orang-orang Tua di Perak (tempat dirahsiakan). Melangkah masuk je tempat itu,sunyi je keadaannya..kelihatan beberapa orang tua yg sebaya arwah atuk saya,sebaya papa saya sedang berjalan-jalan & berehat disekitar kawasan itu..Sebaik sahaja ternampak saya,mereka berpandangan dan pandangan mereka sayu sahaja..

Wajah mereka terpancar seolah-olah menanti kedatangan anak-anak mereka .Wajah mereka juga melambangkan seribu satu persoalan yg bermain dibenak fikiran mereka.."Kenapa anak aku tak datang jenguk aku?" , 'Apa salah ibu sehingga dibuang begini?"

Saya menginjau kawasan tersebut dan melihat ke dalam bilik seperti dewan..tapi itu adalah bilik tidur mereka yg dikongsi beramai-ramai..

Kita sebagai anak pula sedang enak tidur di bilik sendiri tanpa dikongsi,katil yg besar dan empuk..sedangkan mereka?tidak kesian ke kita pada orang-orang tua itu?

Pada waktu senggang pula,mereka gemar duduk & berbual-bual sesama mereka di kerusi khas yg disediakan di situ.,.

Saya mengambil peluang ini untuk mendengar suara hati mereka..saya bersembang dengan seorang lelaki bernama pak cik Basri (Bukan nama sebenar).Beliau merupakan seorang pesara tentera ketika zaman muda-muda dulu..Kisah beliau amat menyentuh hati saya..Pak cik mengatakan pada saya,dia dihantar sendiri oleh anak-anaknya ke rumah orang-orang tua dengan alasan TIDAK MAMPU UNTUK MENJAGANYA LAGI!dia telah menghuni rumah orang-orang tua itu selama 2 tahun..

Dia mempunyai 4 orang anak..anak-anak dia semua sudah berjaya dan berjawatan tinggi..dia turut mengatakan ketika anak-anaknya masih kecil,mereka telah kehilangan ibu..ibu mereka meninggal dunia..Walaupun bergelar bapa tunggal dia tetap menyara anak-anak dia dengan hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan simpati orang lain..tidak pernah terlintas di fikiran dia untuk menyerahkan anak-anak dia kepada orang lain walaupun ada yg meminta untuk dijadikan anak angkat..

Apabila dia sudah tua,tak bermaya & berpenyakit..anak-anak dia seolah-olah menganggap dia sebagai beban..dia tidak pernah meminta wang atau apa=apa pun daripada anak-anaknya kerana dia menerima duit pencen setiap bulan..tapi mereka tetap berkeras mahu menghantarnya ke rumah orang-orang tua..sepanjang dia dirumah orang-orang tua..anak-anak dia tidak pernah datang melawat dia!itu balasan yg dia terima setelah mendidik & membesarkan mereka?

Sebak bila saya mendengar kisah pak cik itu..saya turut berbual dengan beberapa orang lagi pak cik & mak cik..raut wajah mereka menjelaskan bahawa kedatangan saya agak menggembirakan mereka..mengambarkan kerinduan yg amat sangat untuk menatap dan memeluk anak serta cucu-cucu mereka. mungkin kerana terlalu merindui anak mereka..maka saya sebagai orang luar pun,mereka memperlakukan saya saperti anak..Macam-macam kisah yg saya dengar daripada mereka..sangat menyayatkan hati..meruntun emosi sesiapa sahaja yg mendengar..

*Wahai anak-anak sekalian..walau apa pun salah ibu bapa kita,mereka tetap darah daging kita yg melahirkan kita,mendidik & membesarkan kita.janganlah kita sesekali membenci,marah & buang mereka..kerana seungguhnya'Air dicincang tidak akan putus'. syurga itu terletak ditelapak kaki ibu...jangan jadi anak derhaka,kelak hidup didunia ini susah kerana dimurkai Allah & pasti akan menyesal seumur hidup!

Moral of the story: Jagalah & hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada..kerana doa ibu bapa itu sangat berkat..jangan setelah kehilangan mereka..baru kita sedar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...